dermapalestindermapalestindermapalestindermapalestin

Assalamualaikum
Pertama sekali, diucapkan terima kasih diatas kehadiran saudara dan saudari ke dermapalestin.blogspot.com . Diharapkan kehadiran saudara dan saudari ke sini dapat membawa impak positif dan meringankan beban saudara saudari se-Islam kita di tanah Palestin.

Objektif.
Palestin, Masjidil Al-Aqsa, Israel tidak perlu saya perkenalkan disini. Sudah banyak laman web di dunia internet yang menceritakan apa yang sedang dan telah berlaku di Palestin. Objektif laman web ini dibina adalah untuk memupuk dan mempromosikan 'Aman Palestin', salah satu badan NGO yang giat menjalankan kerja-kerja amal dan kemanusian di Palestin.

Saya tidak terlibat secara langsung dengan Aman Palestin tetapi saya sudah lama mengenali dan menghulurkan bantuan kewangan kepada Aman Palestin. Konsistensi Aman Palestin menjalankan tugas menarik minat saya untuk mempromosikan Aman Palestin. Saya membina laman web ini kerana saya merasakan Aman Palestin kurang publisiti, tambahan pula saya merasakan umat Islam Malaysia ramai ingin membantu saudara kita di Palestin namun tidak tahu bagaimana caranya. Oleh itu saya dengan berbekalkan ilmu membina laman web, telah membina laman web ini untuk menyebarkan tentang Aman Palestin supaya lebih banyak dana disalurkan ke Palestin.

Kempen 1 bulan 1 kali derma
Allah SWT telah mengurniakan keamanan dan rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, janganlah kita lalai kerana salah satu tanah suci kita SEDANG diceroboh dan dicemari penjajah Israel. Semua kekayaan, keamanan dsb yang kita kecapi hari ini akan dipersoalkan Allah SWT diakhirat kelak. Tidak malukah kita dihadapan Allah SWT nanti? Oleh itu saya menyeru diri saya dan saudara saudari sekalian untuk menanam azam untuk mederma ke Palestin melalui Aman Palestin sebulan sekali (lebih baik jika lebih kerap). Tidak kiralah RM100, RM50, atau 1 sen sekalipun, dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan darinya. Kenapa 1 bulan 1 kali derma, tidak sekali gus sahaja? Ini untuk melatih diri supaya sentiasa terus-menerus mengingati dan memperjuangkan agama kita dan juga krisis di Palestin. Ingatlah, apabila kita mati, semua harta benda di dunia kita akan tinggalkan. Yang dibawa hanyalah amal jariah.

Kepada bloggers / pemilik laman web

dermapalestin

Kod HTML :


Ayuh letakkan logo ini dilaman web saudara / saudari atau linkkan ke sini. Promosikan dan bantulah Aman Palestin dalam membantu rakyat Palestin. Copy dan Pastekan kod HTML di atas. Apabila pelawat-pelawat 'klik' logo tersebut, mereka akan dibawa kesini.

Sepintas lalu, kenali Aman Palestin

Visi : menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhwah

Misi : membina projek yang nyata didalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan disamping menampung keperluan segara yang diperlukan

Objektif:
1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan
3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara
4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
5. Merancang aktiviti secara bersepadu
6. Mengajurkan siri-siri forum perbincangan
7. Menerbitkan dan mendedarkan bahan-bahan am

Dermalah ke Amal Palestin, lakukan sesuatu
Masukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :


AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717

amanpalestin@yahoo.com
amanpalestin.org


Kemanakah dana tersebut disalurkan?
sumber : http://amanpalestin.org/index.php?action=profile&

1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin
2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi

*Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat gambar-gambar, layarilah amanpalestin.org

Akhir kata :
Projek-projek tersebut memerlukan wang. Kita mungkin tidak mampu berjihad mengangkat senjata namun kita masih mempunyai kekuatan dari segi kewangan dsb. Marilah kita menggunakan apa saja yang termampu untuk membantu saudara Islam kita di sana. Tanamkan disiplin didalam membantu saudara-saudara kita disana dan berusahalah dalam mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk membantu umat Islam Palestin yang ditindas. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT. Wassalam.
 
dermapalestindermapalestindermapalestin